Wednesday, 30 May 2012

intro kepada hidup

Hallo hallo..hehehe..Assalamualaikum / こんにちは / 여보세요 / विवाद / 你好..
tulisan asing diatas bermaksud 'hello' tau.. bukan carutan dalam bahasa selain BM. memula tu japenesse, korea, then hindi, lastly chinese..ini adalah kali ke-3 den buat blog tau. 1st time sebab Final Year Project as logbook kan.. 2nd pulak sebab tengah sedey + shaduu.. masa tu nenek meninggal.. sedey sangat. kali ke3 yang nilah.. sebenarnye nak sambung yang blog no2 tapi aiyoo suda lupa itu password laa.. den buat blog ni sebab banyak sangat kejadian2 samada indah2 belaka atau pahit2 belaka xdapat nak ingat sangat.. kira blog ni untuk menyimpan memori la jugak.. 

oki. time mempekenalkan diri sendiri.. (saya tahu blog ni saya je pon kan yang baca tapi intro tu penting kan2.. heeee) oki.. my name is hmmm, as above.. u guys (sekali lg saya tahu blog saya ni saya yang baca) can address me as Bunga oki? hmm, nak suh panggil delima kang korang cakap bajet arr tu.. harum pulak nanti kena kutuk lak an.. well.. Bunga k.. my age is 24 for this year. im currently pursuing my degree in local university, major in engineering.. typical malaysian. live in Selangor. detail nanti dalam post akan datang oki. apa lagi den mahu cerita ya.. xpe2, nanti boleh lagi kan... den sakit gigi la ni.. lupa nak warning awal2, saya ni bahasa rojak 1Malaysia tau. sakit gigi bermulanya pada saat bangun dari tidur pada hari sabtu baru ni.. sampai la sekarang. sakitnye nguyah tu memang kena jaga la, xle nganga besar besar kira memang sopan lah.. makan roti besar genggam budak 10tahun pon amik masa 15minit.. huuuu sopannn.. start hari isnin haritu start la buat bubur.. nanti den tunjuk gamba k. biasa bubur letak halia, lobak jeruk tu etc lagi an. tapi nak jd citer lobak tu xada.. ni la pemgalaman memasak selepas bertahun (i think) xmasak.. xkira yang masak meggi, air n nasi tau.. gila lama..last last, letak beras 1cup, halia, biji lada hitam tu.. masa tu masak pakai periuk besi yang opah2 selalu pakai tu.. periuk tu rasa den lagi lama hidup dari den ni.. kira kalu dia ada birthday cake kan, meme dia campion lilin la kan. masa tu masa pukul 7.30. tertekan betul xle makan bebetul, ni jerawat ni fuhhh banyak gak la.. da la den ni baru start cuti sem masa 24 haritu, penangan exam xhabis lagi naik pulak sebab sakit gigi. den suspek gigi geraham bongsu den nak tumbuh la. tapi xda la sampai nak guling2, demam macam orang duk citer. kalu sampai guling2 ni memang terguling guling otak den. 

resepi membuat bubur saya:
1cup beras
air bergelen gelen
halia suku ibu jari tangan bukan kaki k
sedikit biji black lada
nak sedap letak la separuh kiub ayam manggi

nasib baik masa nak masak bubur tu ingat la sikit sikit cara nak buat n bahan bahan dia, ketidak my mom la kena buat.. hmm dia nk buat ka kalu suruh pukul 7.30 malam? hmmm baik buat sediri kan kang kompom dia cakap kan da besar bubur pon xle buat ka.. pedih tu kalu kena.. da basuh beras tu masuk la air dalam 5cup ke.. da mendidih masukkan halia, biji lada.. masa mendidih tu kanji nasi baru kua sikit, da mendidih pelan kan api dan masuk lah bahan bahan tadi. bila da mendidih, silalah kacau selalu bubur anda kerna kita engak mau kalonya bubur melekat di tapaknya. ni da international punya standard da ni bukan 1Malaysia da :).. bia sampai air beras tu jadi pekat if air nak kering tapi nasi xpecah pecah / hancur lagi tambah air. selalu amik masa dalam 1jam jugak la nak hancur tu.. bila da pekat sikit nak tambah kiub ayam manggi pon boleh.. sedap lagi.. ada rasa ayam tau. nak letak ayam betul masa tu da lapo sangat da kang bawak keluar ayam terus den baham je kang.. lapo weh.. bayangkan diri anda sedang mengelupur sakit gigi, lapo ni tapi nak kunyah susah, mesti la kan makan slow slow kan, bila da makan slow slow tu sampai 15min xke lapo balik.. lapo2.. oki sambung pada kiub manggi tadi.. hmmm.. 'mesti lah saya dan manggi' hehe... iklan jap.. kalu da pekat rasa rasa nak letak sayur pon boleh cam salery ke, carrot ke pape la.. tapi sekali la saya ingin tekankan untuk fakta ke2 saya.. saya lapo xde maknenye nak letak bende benda sekian. jadi lah bubur.. masa makan tu nak lagi sedap letak kicap yang ada cili tu.. syiok ooo.. ni picture masa 1st day den buat bubur:
haa.. nampak xada cili tu... sedap ooo..hehe.. den pedas sikit sikit xapa. pedas banyak tandas saya cek-in oki. tapi kuah kicap tu bukan kicap saje, ada rasa limau, bawang sikit, n of coz the cili api.. masa amik beras sebelum masak tu memula amik 1/2 cup, tengok cam sikit sangat, tambah jadi 3/4 cup.. hmm sikit lagi.. last2 1 cup langsung. bila da masak agak banyak la. habis 1 mangkuk, tambah lagi satu pastu cukup da la.. dalam periuk ada lagi half.. banyak tu.. ingat ni boleh panaskan untuk esok makan xpayah nak masak kan. ni pon settle pukul 9.30 pm tau. lepas tu baru makan. da betapa lapa da masa tu.. nasib ada pertimbangan lagi. bila tomorrow bangun den pegi cek my bubur, tengok da tingal suku.. ait, hilang? ni mesti abah amik ni buat sarapan. relek betul. xpa2 bapak den.  dalam pukul 2 petang saya mulakan operasi memasak bubur untuk 2nd day. kali ni pakai non-stick periuk k.. cara n bahan suma sama. yang ni gamba masa dia tengah mengelegak:
nampak tak buih2 tu.. oki untuk non-stick periuk ni den pakai senduk kayu.. sebab? kita tidak boleh menggunakan besi kan apa apa yang keras sangat untuk kacau sebab dia akan rosakan lapisan non-stick warna hitam kelabu kat bawah tu. lagipon besi tu tajam sikit hujung dia kan. ignore benda benda alien di belakang k. masa ni letak halia suma. oki, halia xperlu letak banyak sama jugak dengan biji black pepper tu sebab benda ni angin tau. kang pening ke ketut tanpa henti xakan ditanggungjawab k. bawah ni pic air kanji dia da start pekat.

den lepas dia da mengelegak tu da start tutup cover dia. bagi haba terkumpul sikit supaya cepat masak n cepat den dapat makan. tapi den xtutup habis slalu bia ada ruang sikit bia ada pengaliran udara sikit. heee.. bawah ni pulak bubur da siap tapi dia plop plop lagi bia pun da tutup api. panas la katakan. nampak x mr. black pepper dalam periuk tu..

hari tu, chef kat rumah buat masak kari daging with sayur bendi goreng kicap. tengok kari ja da kecur ayak liuk ni tapi gigi sakit. teliur punya pasal buh 2 ketul daging dalam mangkuk. sekali dengan kuah2 n sayur tambah kicap cili lagi. pergh!! MEMANG TERBAIIK!! sama macam makan nasi la kan tapi ni xle kunyah nasi da. ada bubur telan je..lihat la gamba ini.. 


den da terliur da.. ni la yang paling best da xle nak kunyah kan. roti cecah air putih pon jadi sedap. nak makan biskut pon kena gigit sikit dulu pastu bia lembut sendiri baru telan tau. punya la teringin makan. baru rasa gigi kena duga sikit ni belum yang berat lagi.. masa masak tu sempat gak la suap my little brother. den suka suap dia. sebab. dia ni kalu orang suap dia akan makan banyak sikit ye la kan da dia bukan tengok banyak mana kan. tapi kalu makan sendiri sikit ja. xseswai langsung untuk anak anak yang sedang membesar. hehehe.. bila malam tu den on la fon yang baru cas yang dari semalamnye xbernyawa da. bukak2 kak emy mizkal 2kali. napa ni. pastu kak emy call balik cakap 'ni tempat ko kije dulu kosong ni. ko nak masuk tak?' den da xtahu nak cakap apa. 'betul ke akak ni?' 'betul la, haritu bos ko tanya akak ada tak kenkawan nak kije. jap akak tanya dia' hmm... dalam fon tu dengar la kak tengah tanya bos, 'Nad, ni --- nak masuk kije ni. boleh tak?' isi tempat kosong dengan bunga k. boleh akak emy cakap saya yang nak masuk. saya ingat bos suruh saya masuk. pastu dengar bos cakap 'boleh, bila nak masuk?' then, kak emy cakap dengan saya 'eh---, ko masuk esok boleh tak?' saya pon cakap, 'cepatnye kak' pastu kak emy cakap dengan bos ' ni --- nak masuk esok. boleh?" kak emy ni mesti da boring sangat ni kat tempat kije ni saya pikir sampai nak saya masuk esok jugak. oki je la saya jawap.. bye2 kepada plan cuti semester saya.. xpe la demi kak emy yang ku sayangi ku gagahkan jua..hehe..

jadi, hari ni hari 1st den berkerja. cuti semester sebelum ni den kerja situ jugak so, bos pon suka la sebab pekerja lama masuk, xpayah training. den cuti senang kije sebab xterperuk dekat rumah. nanti xde jadah ape pon tapi cuti ni da ada plan.. haaaa.. baru ngat nak start bisness. hah, nak bgtahu. den xada facebook tau.. mesti orang cakap penipu besar. xtipu weh.. benar. penat la benda benda ni dulu friendster, myspace la.. tah apa kabar friendster den. dah berbulan bulan xon.. biala. den kije ni jual handbag. haha.. jangan gelak. den gelak xpa. jual dekat supermarket je dalam econsave. semalam bos aka kak nad sms cakap datang cam biasa pagi nanti dia bagi kunci. pastu dia ckap xkan xingat pukul bape masuk la kan.. hehe.. ingat2 lupa ni.. pastu pagi ni kak nad cakap pukul 10 dia datang. den pikir jugak awal tu. kedai lain banyak xbukak lagi. xpe2. pukul 10.10am den sampai. sebenarnye da boleh bajet memang bos lambat sampai sebab rumah dia jauh sikit. dalam pukul 10.30 bape kedai da bukak. pukul 10.45 bos sampai. serta merta 'kak, akak cakap pukul 10'.. den cakap dalam nada gurau2.. bos senyum je... kak emy cakap 'ko percayalah bos ko datang pukul 10' gelak besar kitaorang. kita orang yang jaga kedai kedai ni memang biasa gurau2. klaka dorang ni lagi2 kak... jap, suma memang kelakar lah..ada 9orang tukang jaga kedai termasuk saya tambah dengan sorang tauke kedai yang gilir gilir jaga kedai sendiri. hari 1st tu xada mood rajin nak kemas kedai sangat jadi sapu je la.. nak teruskan berkenalan dengan pekerja baru kedai lain lepas den benti dulu. adalah 2orang. kenal2 memang dorang ni lagi short wire dorang. lagi ceria suasana sekarang berbanding dulu.. gelak je.. jaga kedai orang ni senang sangat, bukak kedai, sapu, mop, lap cermin,susun barang, da.. tunggu customer masuk, layan, da. malam kira sale, totalkan, tutup kedai. hari hari camni. 10 am masuk 10pm tutup. cuti 1hari sekali. bukak tutup kedai pon boleh lambat n awal. kedai kitarong ni, cewah 'kitaorang tu' masuk den kedai kami jaga la, bertentang dengan masing2 kira tengah pulak ada bangku untuk bersantai. memang seronok kan. gaji sikit je dalam 680 tapi oki kan xperlu susah susah angkat barang berat, penat ke, senang cakap memang xsusah langsung. den ni pon kije sebulan je. macam dulu. cuti sem la katakan. kitaorang kalu nak tidur, tidur je tapi warning la orang keliling kan, kang barang hilang xkena ganti ke. sini waktu rehat iku suka. nak makan jee pon xpe, econsave ni toilet ade, surau ada bagi yang muslim kan. senang. kalu nak jejalan beli barang kat dalam econsave pon xpe janji bagitahu orang. nanti kalu ada orang dorang boleh buat sale ke jaga ke. tolong menolongkan amalan yang mulia. 1malaysia. hehe..balik kije ni, memang da lapa da. tadi makan roti 3 ketul, manggi tester, kokocrunch, pastu tempe goreng kak lia bagi yang den amik masa 30min untuk abis. balik balik mama cakap, tu abah ada beli car kueh tiow.. huh boleh ka den makan. boleh la.. lembut je, pnas lagi. sampai rumah dalam pukul 10.10pm. 10.40 camtu makan habis dalam 11.10.. lamaa tuu.. lepas tu relek jap.. baru ngadap nak buat blog ni.. alamak da pukul 2.01am da.. oki.. checking out dulu.. esok nak bangun pagi.. byeeeee

No comments:

Post a Comment